Wednesday, 5 October 2011

KURSUS TART DAN MUFFIN

Program Pengurusan Hotel dan Katering telah menganjurkan satu kursus membuat pelbagai jenis tart pada 23 September 2011 bertempat di Dapur 1B, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Johor Bahru (PJB). Kursus ini dihadiri oleh pelajar khas seramai 13 orang dari semester 1 hingga 4. Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Puan Harlina Binti Mahdar. Beliau merupakan seorang pengusaha kedai bakeri dari Taman Masai Utama, Masai. Kursus sehari ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Pelbagai jenis tart telah diajar antaranya egg tart, cheese tart, fruit tartlet dan chocolate tart.
Antara objektif kursus ini adalah untuk mempersiapkan para pelajar ke Program Simposium Pembangunan Keusahawanan Orang Kurang Upaya (USAHAKU’11) anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Kurang Upaya UTM dan Kelab Keusahawanan UTM. Dalam program tersebut, para pelajar khas PJB dijemput menyertainya bagi mempromosikan produk yang berkaitan bidang yang dipelajari di PJB. Bertepatan dengan bidang hotel dan katering, maka para pelajar khas hotel dan katering akan menghasilkan produk makanan untuk jualan pada masa berlangsungnya program tersebut.
dunia tanpa suara @ PJB
From dunia tanpa suara @ PJB
From dunia tanpa suara @ PJB

Thursday, 22 September 2011

Salam pembuka bicara..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertamanya, terima kasih kepada sahabat yang menginspirasikan terhasilnya blog ini sebagai salah satu cara bagi pihak kami menyalurkan berita, aktiviti, perkembangan serta suka duka komuniti pekak di Politeknik Johor Bahru. Kalau nak diimbas kembali sejarahnya, masih ingat lagi rasanya sebab 10 tahun bukanlah tempoh yang terlalu lama untuk mudah dilupakan. 

Program pertama yang ditawarkan untuk komuniti pekak ialah Sijil Kemahiran Khas Politeknik Pengurusan Hotel dan Katering, Rekabentuk Grafik dan Rekaan Fesyen dan Pakaian. Program yang bermula Jun 2000 itu masih kekal hingga ke hari ini. Waktu tu, cuma seorang je pensyarah pendidikan khas yang 'terlempar' ke PJB iaitu Pn. Halimah Tusa'diah. Setahun lepas tu barulah junior dia dihadirkan sebagai peneman, sayalah orangnya....hihihi.....Sehinggalah ke hari ini, rupa-rupanya dah 10 tahun kami di sini. Dah boleh buat anniversary dah ni.....Tahun 2010, komuniti pensayarah 'pekak' makin meriah bila ada dua orang lagi super super junior yang masuk. Kali ini spesies gagah pula...En. Redzuan dn Zuwairi namanya...Ha..siaplah korang berdua lepas ni, jangan ada cita-cita nak keluar ye...tunggu time based (macam kami..)hikhikhik...

Selepas 10 tahun jugalah baru idea nak hasilkan blog ni tiba-tiba keluar macam bintang yang keluar masa orang tengah nak pitam. Cantik je dia keluar depan mata berpusing-pusing..pusing...Bagus juga, walaupun sebenarnya dunia blog ni dah lama berkembang. Kiranya kami masih belum sangat ketinggalan zaman kalau nak bandingkan orang lain yang tak ada blog...hehehehe. Masih ada masa untuk mengimbas kenangan silam dan masih ada ruang untuk meneruskan apa yang patut diterjemahkan.

Cukuplah dulu..nanti senang-senang mesti ada kawan-kawan lain yang akan poskan entri di sini. Selamat membaca dan selamat bertemu di alam maya...........