Thursday 5 January 2012

Diskriminasi pendidikan kepada OKU pendengaran

Isu yang hendak diketengahkan ini adalah isu yang hampir setahun membuatkan isi hati rasa menggelegak. Nak bercakap, siapa kita? Siapa yang hendak mendengarnya?Dan siapa yang hendak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya? Maka di blog inilah tempat untuk meluahkan rasa. 

Malaysia dah masuk ke era transformasi...katakanlah apa saja transformasi, pendidikan,ekonomi, pembangunan, semuanya sibuk memperkatakan tentang transformasi tetapi tang transformasi minda masih lagi belum sempurna peralihannya. Saya bercakap soal diskriminasi pendidikan kepada golongan OKU pendengaran di peringkat pengajian tinggi. Ada sesiapa yang boleh berikan saya statistik berapa ramai OKU pendengaran yang berada di peringkat pengajian tinggi? Jumlahnya tidaklah begitu ramai sebab mereka adalah kumpulan minoriti yang ada ketikanya hanya dipandang sebelah mata. Siapa mereka? Nak bercakap susah, nak mengajar susah..nak memahami lagilah susah....dek kerana itu, hak mereka sering dinafikan.

Saya kena hormat pada sistem pengambilan pelajar ke IPT melalui UPU secara dalam talian. Dengan ini pelajar yang mana berkelayakan akan dapat masuk ke IPT berdasarkan kelayakan dalam SPM. Malangnya, apabila sampai di institusi, mereka tidak diterima kerana hanya seoarang atau dua orang, susah nak mengajar, tiada pensyarah yang boleh mengajar dan akhirnya ditolak ke sana ke sini seperti bola. Kenapa pula saya yang sibuk-sibuk nak marah ni kan? Saya dah bersama-sama OKU pendengaran selama hampir 11 tahun. Saya perlu akui ada sebahagian daripada mereka outstanding!!! Walaupun mereka tidak mendengar dan menghadapi kesukaran dalam pertuturan dan menyampaikan hasrat, bukan bermakna they're nothing!!!! Ada ketikanya mereka lebih hebat daripada insan-insan normal yang lain. Mereka dikatakan cacat, kurang berkemampuan dan tidak mampu pergi jauh...persepsi sebegitu yang datang daripada insan sempurna seperti kita inilah yang jelas menunjukkan cacatnya hati dan akal kita berbanding mereka!

Mahunya saya tidak marah, hanya kerana tiada pensyarah yang boleh mengajar, mereka ditolak daripada institusi. Adilkah itu bagi mereka sedangkan mereka layak untuk program diploma contohnya. Siapa kita untuk menafikan hak mereka sedangkan itu memang hak mereka untuk mendapatkan pendidikan? Susah sangatkah hendak mengatasi masalah yang satu ini? Mengapa tidak mohon sahaja jurubahasa untuk membantu mereka,selesai masalah. Apa guna tertubuhnya Persekutuan Orang Peka Malaysia sekiranya kita tidak mahu memaksimakan peranan tersebut bagi membantu kumpulan ini? Saya pasti mereka akan sedia membantu. Kursus pun banyak, susah sangat ke nak pergi? Takut sangatkah si pekak yang seorang dua ini akan mempengaruhi keputusan/statistik peperiksaan?.Belum cuba belum tahu.....


Mereka layak untuk diploma tetapi di'downgrade'kan ke program sijil. Adilkah buat mereka? Buat masa ini, pelajar yang mengikuti program sijil belum pasti ke mana arahnya selepas menamatkan pengajian kerana belum diwujudkan program diploma untuk mereka. Sama ada mereka terus bekerja atau menyambung pengajian di IPT swasta, itulah pilihan yang ada. Tetapi bagi pelajar yang layak ke diploma tetapi dinafikan haknya, adakah kita mampu menjawab sekiranya mereka mempunyai kemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah,sarjana dan sebagainya? Adilkah bagi mereka dengan diskriminasi ini? Kalau tanyakan saya, sudah tentu TIDAK!!!!!..Itu hak mereka..berikan!! Andai katalah ada di antara ahli keluarga kita daripada kumpulan ini, apakah yang kita mahukan? Sorok? Kita pasti mahukan yang terbaik. Begitu jugalah mereka....

Mungkin ada pihak yang akan melenting apabila membaca entri ini. Tetapi, inilah rasa hati seorang pengajar yang memahami kehendak dan keperluan golongan ini. Sayangnya....dari dulu hingga kini, tak siapa mahu mendengar. Ada pula orang lain yang sibuk-sibuk kononnya lebih tahu...Bila jumpa seorang dua yang hebat, masa itulah sibuk nak 'highlight' untuk dapat nama. Sudahlah......lemas, rimas....jangan pandai ambil kesempatan di atas kehebatan pelajar-pelajar ini. Andai niat kita betul, insyaAllah...walaupun rasa susah nak mengajar mereka, cubalah....ikhlaskan hati. Banyak perkara yang kita boleh belajar daripada mereka. Masuklah dalam kasut mereka. Anggaplah mereka sama seperti kita, punya hati dan perasaan, punya harapan untuk berjaya macam orang lain.

Udah-udah le asyik mendiskriminasi...kalau sendiri terkena, apa rasanya agaknya ya???