Tuesday, 27 March 2012

Aktiviti pelajar khas lagi!

Pada setiap semester pelajar khas@pekak pjb mengadakan majlis makan malam sempena meraikan diri sendiri, kawan-kawan dan pensyarah mereka. Saya secara tidak lansung akan menawarkan diri untuk membantu mereka mencari tempat yang sesuai serta berbincang dengan person incharge. Seperti tahun-tahun sudah juga Hotel Selesa Pasir Gudang akan menjadi pilihan. Mengapa? Makanan sedap dan mungkin juga person incharge juga merupakan seorang bapa kepada seorang bekas pelajar khas PJB atau sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan.

Sangat seronok bila tiba malam itu. Santai dan happening...Suasana yang senyap hanya kedengaran bunyi garpu dan sudu berlaga dengan pinggan serta suara sembang-sembang pensyarah sahaja. Biasanya mula pukul 8.30 dan berakhir sebelum pukul 11.00 malam. Walaupun mereka boleh menguruskan sendiri majlis tersebut, namun saya rasa terpanggil untuk sukarela menjadi floor manager la konon. Membuat skrip dan memberi nasihat do and don't kepada pelajar khas ini. Menyediakan skrip EMCEE juga tugas biasa. Alhamdulilah walapun biasanya kurang mendapat sambutan daripada para pensyarah...ia berjalan dengan lancar. Yang paling penting pelajar khas seronok dan menjadi pengalaman berharga buat mereka.

Pada kali ini majlis akan diadakan pada 27 April 2012 di Hotel Selesa Pasir Gudang. Tema 1 Malaysia. Menu sedang dalam perbincangan dengan pihak hotel. Para pensyarah yang mengajar pelajar khas akan dijemput tetapi dengan bayaran RM40 seorang. Boleh membawa famili jugak. Saya juga biasanya membawa anak-anak. Ini adalah salah satu cara saya membiasakan anak-anak dengan dunia kerja saya yang sebenar. Selain itu saya ingin menjadikan anak-anak saya seorang yang bersyukur dilahirkan sempurna sifat. Mereka juga tidak akan berasa janggal atau takut seperti kebanyakan pelajar dan pensyarah normal yang takut untuk berkomunikasi dengan pelajar khas. Mereka juga seperti manusia biasa seperti kita. Ada sesetengah daripada kita secara terang-terangan yang menolak untuk mengajar mereka kerana rasa tidak berbaloi mengajar kerana objektif sukar
tercapai. Bagi saya yang akan mencapai 12 tahun mengajar mereka merasa sangat bahagia dengan DUNIA TANPA SUARA ini. Alhamdulilah biarlah mereka dipandang sebelah mata, ramai yang prejudis...tapi saya sangat sayang mereka. Tanpa mereka semua mungkin saya tidak berada di sini.





No comments:

Post a Comment