Wednesday, 5 October 2011

KURSUS TART DAN MUFFIN

Program Pengurusan Hotel dan Katering telah menganjurkan satu kursus membuat pelbagai jenis tart pada 23 September 2011 bertempat di Dapur 1B, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Johor Bahru (PJB). Kursus ini dihadiri oleh pelajar khas seramai 13 orang dari semester 1 hingga 4. Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Puan Harlina Binti Mahdar. Beliau merupakan seorang pengusaha kedai bakeri dari Taman Masai Utama, Masai. Kursus sehari ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Pelbagai jenis tart telah diajar antaranya egg tart, cheese tart, fruit tartlet dan chocolate tart.
Antara objektif kursus ini adalah untuk mempersiapkan para pelajar ke Program Simposium Pembangunan Keusahawanan Orang Kurang Upaya (USAHAKU’11) anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Kurang Upaya UTM dan Kelab Keusahawanan UTM. Dalam program tersebut, para pelajar khas PJB dijemput menyertainya bagi mempromosikan produk yang berkaitan bidang yang dipelajari di PJB. Bertepatan dengan bidang hotel dan katering, maka para pelajar khas hotel dan katering akan menghasilkan produk makanan untuk jualan pada masa berlangsungnya program tersebut.
dunia tanpa suara @ PJB
From dunia tanpa suara @ PJB
From dunia tanpa suara @ PJB